Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017

104) PEMBERIAN KEUNTUNGAN ANAK SYARIKAT NEGERI KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah perbelanjaan keuntungan GLC dimanfaatkan untuk Kerajaan Negeri?

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 12 Anak Syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan). Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-

    Bil Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
    1 Permodalan Negeri Selangor Berhad
    2 Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    3 Tourism Selangor Sdn Bhd
    4 Communication Corporation Sdn Bhd
    5 Rantaian Mesra Sdn Bhd
    6 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    7 Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
    8 Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    9 Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    10 Invest Selangor Berhad
    11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
    12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    13 Yayasan Selangor

    Badan Berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan-peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980).  Terdapat enam (6) Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri seperti berikut :-

    Bil Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
    1 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)
    2 Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)
    3 Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
    4 Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
    5 Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
    6 Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS)

     Keuntungan Anak Syarikat dan Badan Berkanun dimanfaatkan untuk Kerajaan Negeri secara perkongsian keuntungan secara terus dalam bentuk pemberian sumbangan tahunan sebanyak 2% daripada Keuntungan Sebelum Cukai melalui Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS).

    Daripada 13 Anak Syarikat Kerajaan Negeri, hanya tiga (3) Anak Syarikat yang diwajibkan untuk membuat bayaran sumbangan kepada Kerajaan Negeri melalui TWNS. Manakala, bagi enam (6) Badan Berkanun Kerajaan Negeri, hanya dua (2) sahaja yang diwajibkan untuk membuat bayaran sumbangan tersebut.

    Berikut merupakan maklumat pembayaran sumbangan Kerajaan Negeri melalui TWNS bagi tahun 2016 :-

    Bil Anak Syarikat/Badan Berkanun Kerajaan

    Negeri Selangor

    Amaun Sumbangan (RM)
    1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 362,359.38
    2. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)

     

    Tiada keuntungan tahun 2016 untuk dikongsikan dengan Kerajaan Negeri pada tahun kewangan 2016
    3. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
    4. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 4,171,240.00
    5. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 513,420.44
    Jumlah Keseluruhan 5,047,019.82

Lampiran

Tiada Lampiran.