Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

219) PEMBERIAN KEUNTUNGAN ANAK SYARIKAT NEGERI KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pemberian keuntungan setiap anak syarikat negeri kepada Kerajaan Negeri dari 2014-2016?

    Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dengan pegangan saham sebanyak 50 peratus (50%) atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi.

    Berdasarkan semakan dan penelitian oleh Perbendaharaan Negeri Selangor, kedudukan terkini senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri sehingga 31 Disember 2016 adalah seperti berikut:

    • Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB);
    • Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB);
    • Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC);
    • Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB);
    • Invest Selangor Berhad (Invest Selangor);
    • Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB);
    • Darul Ehsan Facilities Management Sdn. Bhd. (DEFM);
    • Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB);
    • Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB);
    • Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB);
    • Yayasan Hijrah Selangor;
    • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS); dan
    • Yayasan Selangor (YS).

    Merujuk kepada senarai di atas, terdapat tujuh (7) Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang ditubuhkan bukan berorientasikan keuntungan seperti berikut:

    • Communication Corporation Sdn. Bhd. (CCSB);
    • Invest Selangor Berhad (Invest Selangor);
    • Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB);
    • Rantaian Mesra Sdn. Bhd. (RMSB);
    • Tourism Selangor Sdn. Bhd. (TSSB);
    • Yayasan Hijrah Selangor; dan
    • Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

    Seterusnya, berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Ke-14/2011 yang diadakan pada 20 April 2011 yang telah disahkan oleh MMKN Ke-15/2011 pada 27 April 2011 telah menimbang dan meluluskan perkara-perkara seperti berikut:

    • penetapan sumbangan sebanyak dua peratus (2%) daripada Keuntungan Bersih Sebelum Cukai (Net Profit Before Tax) pada setiap tahun oleh Badan-badan Berkanun/ Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Negeri melalui Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS);
    • sumbangan hanya dikenakan ke atas Badan-badan Berkanun/ Anak- anak Syarikat Kerajaan Negeri yang berorientasikan keuntungan dan juga berpotensi untuk menjana keuntungan pada tahun kewangan semasa seperti berikut:
      1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS);
      2. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS);
      3. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB);
      4. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB); dan
      5. Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).
    • sumbangan ini turut dikenakan kepada lain-lain Badan-badan Berkanun/ Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri berorientasikan keuntungan yang akan ditubuhkan pada masa akan datang.

    Berdasarkan keputusan MMKN tersebut, terdapat tiga (3) Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang tersenarai sebagai anak syarikat yang berorientasikan keuntungan dan juga berpotensi untuk menjana keuntungan pada tahun kewangan semasa. Butiran pemberian keuntungan oleh ketiga-tiga anak syarikat berkenaan kepada Kerajaan Negeri dari tahun 2014 hingga 2015 adalah seperti jadual berikut:

    Seterusnya, butiran pemberian keuntungan bagi tahun 2016 masih belum dapat dimuktamadkan berikutan Penyata Kewangan Tahunan bagi ketiga-tiga anak syarikat berkenaan masih belum diaudit. Perkara ini adalah selaras dengan pematuhan kepada tatacara bagi pengurusan dan pelaporan penyata kewangan syarikat yang digariskan melalui Akta Syarikat 2016, Penggal 3 (Akaun dan Audit), Subpenggal 1 (Penyata Kewangan dan Laporan, Seksyen 243 hingga 261).

Lampiran

Tiada Lampiran.