PEMBERIAN LALUAN UNTUK LEBUH RAYA SUKE

46) PEMBERIAN LALUAN UNTUK LEBUH RAYA SUKE

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan Selangor telah menentukan laluan lebuh raya bertingkat SUKE?

    Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah memberikan garis panduan kepada syarikat konsesi lebuhraya dalam membantu penentuan jajaran. Cadangan jajaran tersebut akan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi mendapatkan maklum balas daripada semua agensi / jabatan teknikal yang berkaitan. Kerajaan Negeri telah meminta agar PBT yang terlibat di dalam pembangunan sesebuah lebuhraya agar dapat mengadakan sesi pendengaran awam bagi memuktamadkan jajaran yang dikemukakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.