Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

277) PEMBERIAN PENYELENGGARAAN JALAN RAYA NEGERI (MARRIS)

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan sehingga bulan Jun 2019 tahun ini?

    1. Setakat 30 Jun 2019, Kerajaan Negeri Selangor telah menerima peruntukan MARRIS sebanyak RM 482,750,000.00 dan telah membelanjakan sebanyak 48.99% bersamaan dengan RM 236,486,831.23.

    Prestasi perbelanjaan peruntukan MARRIS pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak 98% iaitu sebanyak  RM 466,873,266.71 daripada jumlah yang diterima pada tahun 2018 yang mana jumlahnya adalah RM 475,597,225.00.  Manakala bagi tahun 2017, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak 97% iaitu sebanyak RM 604,242,500.54 daripada jumlah yang diterima pada tahun 2017 yang mana jumlahnya adalah RM 620,790,428.40.

    Berdasarkan prestasi perbelanjaan pada dua tahun tersebut, Kerajaan Negeri Selangor yakin untuk mencapai paras perbelanjaan peruntukan MARRIS melebihi 85% sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.