Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

231) PEMBERIAN PERUNTUKAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan skop perbelanjaan oleh kerajaan negeri menggunakan dana ini berjumlah RM35.5 juta pada tahun 2014?

    Pemberian Pertambahan Hasil yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM35,491,040.00. Terimaan ini diperakaunkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Perbelanjaan ke atas Kumpulan Wang Disatukan adalah mengikut undang-undang atau kelulusan Dewan Negeri Selangor selaras Perkara 104, Perlembagaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.