Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

12) Pemberian Skim Khairat Kematian Kepada Waris Smue

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah skim khairat kematian kepada penama/waris SMUE akan diadakan semula? Berapakah cadangan jumlah yang munasabah yang dicadangkan ?

    Kerajaan Negeri amat prihatin apabila berkaitan warga emas dan OKU. Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif baru bagi menyantuni rakyat Negeri ini agar sentiasa dapat menjaga kebajikan rakyat.

    Oleh itu, berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang ke 37/2020 yang berlangsung pada 21 Oktober 2020 yang lepas telah memutuskan bahawa akan mewujudkan semula sumbangan khairat kematian SMUE yang dijangka akan dimulakan pada Januari 2021 dengan nilai khairat kematian sebanyak RM500.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.