Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

126) PEMBERIAN TANAH KEPADA SEKOLAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memberi tanah kepada mana-mana sekolah yang menghadapi permasalahan kekangan ruang supaya murid-murid mempunyai ruang yang lebih selesa untuk pembelajaran

    Bagi menyelesaikan masalah sekolah yang menghadapi kekangan ruang pembelajaran, ianya adalah terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pelajaran. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri tiada halangan untuk menimbang sebarang permohonan tanah daripada Kementerian Pelajaran bagi tujuan penyediaan ruang pembelajaran yang lebih selesa kepada murid-murid sekolah.

    Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran perlu membuat permohonan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) untuk dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) dan seterusnya diangkat untuk pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Bayaran premium bagi tapak sekolah adalah sebanyak RM1,000.00 (nominal) seperti yang tertakluk dalam Pekeliling PTGS Bilangan 4/ 1984 dan Pekeliling PTGS Bilangan 3/ 1997.

Lampiran

Tiada Lampiran.