Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

210) PEMBERSIHAN BAHU JALAN PERSEKUTUAN DARI SUNGAI CHOH KE BATANG KALI

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri ingin memastikan jalan-jalan persekutuan ini diselenggara mengikut jadual yang ditetapkan agar tidak mencacatkan pemandangan mereka yang melalui jalan ini?

    Pihak konsesi Roadcare Sdn Bhd melaksanakan kerja-kerja rutin pada setiap bulan mengikut jadual dan dipantau oleh pihak JKR Daerah. Skop yang dilaksanakan adalah R 02 – Bahu Jalan. Audit pemantauan kerja-kerja rutin turut dilaksanakan bagi memastikan jalan-jalan persekutuan diselenggara mengikut jadual yang telah ditetapkan

Lampiran

Tiada Lampiran.