PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG
33) PEMBERSIHAN SUNGAI KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Sungai Kelang dibersihkan secara berkala dan apakah skop pembersihan?
Secara umumnya, Sungai Klang yang bermula dari Hutan Simpan Ulu Gombak mengunjur hingga ke muara Sungai Klang mempunyai kelebaran maksimum di muara lebih kurang 300 meter dan purata kelebaran adalah 50 meter hingga 100 meter. Secara keseluruhannya, jajaran Sungai Klang adalah melalui 3 daerah di Negeri Selangor iaitu daerah Gombak, Petaling dan Klang.
Bagi mengekalkan kepentingan dan peranan Sungai Klang dari aspek pembangunan hartanah bagi Negeri Selangor, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sentiasa melaksanakan kerja–kerja pembersihan dan penyelenggaraan perangkap sampah yang dipasang merentangi Sungai Klang secara berkala sepanjang tahun. Skop pembersihan dan penyelenggaraan termasuk :
- memunggah dan mengumpul sampah dari perangkap sampah,
- mengangkut dan mengeluarkan sampah sarap ke tempat pelupusan sampah yang dibenarkan,
- membersihkan kawasan sekeliling perangkap sampah,dan
Penggunaan bot turut diperlukan semasa kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan perangkap sampah di sepanjang Sungai Klang dijalankan.
