Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

28 Mac hingga 31 Mac 2011 dan 01 April 2011

15) PEMBERSIHAN SUNGAI KLANG

Tahun: 2011

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sehingga 31 Jan 2011 sejauh mana pencapaian dari segi peratusan perkembangan projek pembersihan Sg Klang yang menjadi salah satu teras pakej rangsangan ekonomi negeri?

    Sehingga 31 Jan 2011, kerja-kerja berikut telah disempurnakan :

     

    • Menggazet tanah sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Selangor.
    • Pihak PTD dan JPBD telah menyiapkan inventori kegunaan dan pemilikan tanah di atas sepanjang 50 meter di kedua-dua belah Sungai Klang di Kelang, Shah Alam, Subang Jaya dan Petaling
    • Menyenarai pendek 3 syarikat yang telah menghantar kertas cadangan dari 31 syarikat yang membeli dokumen “Request for Proposal” di mana  13  syarikat telah menjawabnya. 3 syarikat tersebut adalah :
    • TSS-MAKO Engineering Sdn.
    • Wessex Water Sdn Bhd / I Berhad Consortium
    • GJA Engineering & Construction Sdn.

Lampiran

Tiada Lampiran.