Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

116) PEMBESARAN KUIL TANPA KEBENARAN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kenapa tiada tindakan terhadap pembesaran kuil-kuil terutama dalam kawasan perumahan yang mana ianya tiada berdaftar langsung walaupun laporan terhadapnya telah di hantar

    Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih Negeri Selangor satu keputusan terhadap
    pembinaan dan pembesaran rumah-rumah ibadat selain Islam telah diputuskan di
    dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 18/2008 yang telah diadakan pada 9 Julai
    2008 memaklumkan bahawa :-
    Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mengenakan kompaun / bayaran
    kepada pemilik-pemilik rumah ibadat yang dibina secara haram dan bayaran
    kompaun ini perlu dijelaskan secara berterusan sehingga pemilik-pemilik rumah
    ibadat tersebut memohon untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan β€œ
    Selain itu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri juga bersetuju supaya semua PBT
    mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana struktur yang baru dibina tanpa
    kebenaran dan surau atau masjid juga tidak terkecuali daripada tindakan ini”
    Bagi sebarang tindakan perobohan rumah-rumah ibadat yang dibina sebelum Mac
    2008 perlu dirujuk kepada pertimbangan Kerajaan Negeri terlebih dahulu bagi yang
    dibina tanpa kebenaran setelah Mac 2008 tindakan perobohan boleh dibuat sertamerta dengan memaklumkan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, terdapat
    sebilangan rumah-rumah ibadat yang telah menerima notis perobohan memohon
    tempoh untuk proses perpindahan. Oleh yang demikian, pemberian tempoh masa
    tersebut menyebabkan sesetengah tindakan perobohan ditangguhkan sementara.
    Tempoh masa yang diberikan adalah bergantung pada pihak berkuasa negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.