Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

62) PEMBINAAN BONGGOL JALAN UNTUK JALAN-JALAN JKR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah garis panduan yang perlu dipatuhi untuk membina bonggol-bonggol di jalan negeri dan jalan persekutuan yang diselenggara oleh JKR?

    Garispanduan bagi pembinaan bonggol adalah terkandung di dalam Manual Fasiliti Keselamatan Jalan yang dikeluarkan oleh Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik JKR Malaysia. Pembinaan bonggol perlu mematuhi tujuan-tujuan seperti berikut :

     

    1. Meningkatkan keselamatan bagi sesuatu jalan terutama untuk pejalan kaki dan penuggang basikal yang melintas jalan
    2. Meningkatkan kualiti sekitaran di taman-taman perumahan dengan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk sekitar
    • Mengawal dan memudahkan pergerakan trafik yang melalui sesuatu kawasan seperti memberi ruang dalam aliran trafik untuk kenderaan yang hendak keluar/masuk dari persimpangan

Lampiran

Tiada Lampiran.