Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

28) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri sudah melaksanakan perubahan yang signifikan kepada SRA selari dengan perkembangan pembelajaran digital?

    Telah dilaksanakan melalui penubuhan Pusat Bahasa Arab Negeri Selangor (PBANS) dan sekarang telah dinaiktaraf kepada Institut Murabbi Antarabangsa Negeri Selangor (IMANS) di mana guru-guru diberi pendedahan dengan menghadiri kursus jangka pendek bagaimana pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab menggunakan IT.

    IMANS menawarkan kursus jangka pendek kepada semua murid di peringkat sekolah rendah bagi pendedahan pembelajaran digital. Jabatan Agama Islam Selangor merancang mengadakan projek rintis penggunaan tablet kepada guruguru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek perintis akan dilaksanakan di Maahad Integrasi Tahfiz Sains (MITS) Alam Impian, Klang.

Lampiran

Tiada Lampiran.