Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

162) PROGRAM PENJANAAN PENDAPATAN RAKYAT

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya bagi menjana pendapatan tambahan rakyat selepas beberapa program IPR ditarik balik?

    1. Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Pelek, Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah program jangka panjang kerajaan yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya memberdayakan mereka dalam jangka panjang. Semua program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) telah ditambahbaik melalui proses penjajaran bagi memastikan pemberian bantuan Kerajaan Negeri dibuat secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan serta simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan kepada penerima manfaat IPR. Dengan erti kata lain, pelaksanaan proses IPR pada masa hadapan akan lebih strategik dan memberi impak kepada golongan sasar yang lebih tepat dan amat memerlukan.

     

    Selain daripada program IPR, terdapat pelbagai program sedia ada di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang dapat membantu menjana pendapatan rakyat sama ada dalam sektor usahawan, pertanian dan juga pendidikan yang disediakan untuk semua peringkat masyarakat di Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, program-program penjanaan pendapatan rakyat ini akan ditawarkan kepada pemohon yang layak dan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan serta bergantung kepada keadaan kewangan kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.