Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

323) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI DI TAMAN BUKIT TERATAI & KEMUDAHAN SEKOLAH AGAMA KAMPUNG CHERAS BARU

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai sebarang rancangan untuk membina semula dewan orang ramai yang terbakar di Taman Bukit Teratai dalam tahun 2014?

    Pembinaan Dewan Orang Ramai di Taman Teratai tidak dimasukkan di dalam program pembangunan tahun 2014. Namun begitu, berdasarkan keperluan masyarakat setempat, penduduk disarankan untuk menggunakan dewan lain yang berhampiran dalam kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.