Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

134) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI YANG BARU

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Zaidy Bin Haji Abdul Talib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Wujudnya kawasan perumahan yang langsung tiada dewan orang ramai walaupun keperluannya amat mendesak. Apakah polisi kerajaan negeri dalam hal di atas?

    Keperluan bagi menyediakan kemudahan awam termasuklah dewan orang ramai adalah tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri menyokong dan menggalakkan PBT menyediakan semua kemudahan yang perlu dalam semua pembangunan kawasan perumahan dan PBT kebiasaannya telah mensyaratkan kepada semua pemaju untuk menyediakan kemudahan awam termasuk dewan orang ramai dalam syarat pemajuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.