Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

162) PEMBINAAN DEWAN ORANG RAMAI

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi terkini Kerajaan Negeri dalam hal ini?

    1. Pada masa ini, pembinaan dewan orang ramai dilaksanakan oleh PBT dan Pejabat Daerah di Negeri Selangor. Proses pembinaan di kedua-dua Jabatan tersebut adalah berdasarkan permohonan masyarakat setempat ataupun melalui perancangan bagi pembangunan di sesebuah kawasan. Walau bagaimanapun perkara ini adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan memandangkan pembinaan dewan orang ramai memerlukan kos yang tinggi.

     

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga Kerajaan Negeri melalui Belanjawan 2017 telah mencadangkan pembinaan 3 buah Dewan Banquet yang dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi moden di Taman Melawati, Hulu Klang, Taman Bukit Mahkota, Kajang dan Bukit Beruntung, Hulu Selangor. Pelaksanaan pembangunan ini akan dilaksanakan secara usahasama antara PBT dan Menteri Besar Perbadanan (MBI) dalam tempoh 5 tahun selaras dengan Pelan Strategik Negeri Selangor 2018 hingga 2022 di bawah Strategi 3: Menaiktaraf Kemudahan Awam Dan Asas PBT/ luar bandar.

Lampiran

Tiada Lampiran.