Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

181) PEMBINAAN “EAST KLANG VALLEY EXPRESSWAY” MELINTASI TAMAN WARISAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sama ada Kerajaan Negeri telah memberi kelulusan kepada syarikat konsesi berkenaan untuk membina lebuh raya yang dikenali sebagai "East Klang Valley Expressway" yang merupakan sebahagian daripada "Kuala Lumpur Outer Ring Road" yang akan melintasi kawasan hutan simpanan dan kawasan tadahan air dalam kawasan Ampang.

    Kerajaan Malaysia dengan kelulusan secara dasar (“Principle Approval”) pada 20hb Februari 2008 telah bersetuju memilih syarikat konsesi Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB) untuk melaksanakan Projek Cadangan Jajaran Lebuhraya Lingkaran Luar Kuala Lumpur secara penswastaan yang akan melintasi hutan simpan dan taman warisan terlibat tanpa melalui kawasan tadahan

     

    Kelulusan Detail Environmental Impact Assessment (DEIA) telah diberikan pada 25hb April 2013 bagi cadangan porjek “The Proposed East Klang Valley Expressway’ (Kuala Lumpur Outer Ring Road-Eastern Route). Kelulusan DEIA ini hanya terhad kepada kerja-kerja pembinaan dari CH0.000 sehingga CH24000.000 sahaja sepanjang 24.16km bermula dari Sungai Long Interchange sehingga Ukay Perdana Interchange.

     

    RIZAB HUTAN SIMPAN & TAMAN WARISAN SELANGOR YANG TERLIBAT: RIZAB HUTAN SIMPAN TERLIBAT
    NO. KATEGORI TANAH KELUASAN (HEKTAR) PERATUS (%)
    1. Hutan Simpan Hulu Langat 10.91 10
    2. Hutan Simpan Ampang 94.63 89

     

    NO. KATEGORI TANAH KELUASAN (HEKTAR) PERATUS (%)
    3. Hutan Simpan Ulu Gombak 1.1 100
    Jumlah Keseluruhan 106.64 100

     

    TAMAN WARISAN SELANGOR TERLIBAT

     

    KRITERIA JAJARAN PANJANG TERLIBAT DENGAN TAMAN WARISAN SELANGOR (KM)
    Jajaran Utama (Mainline) 8.0
    Jajaran Susur (Spur Road) 2.5
    Jumlah Panjang Keseluruhan 10.5

     

    Kerajaan Persekutuan telah meluluskan jajaran dari Sungai Long ke Ukay Perdana, sementara jajaran dari Ukay Perdana ke UIA masih dalam penelitian. Jajaran ini melibatkan kawasan sensitif di dalam kawasan Hutan Simpan Ampang & Hutan Simpan Ulu Gombak.

     

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertarikh 11hb September, 2013 yang telah disahkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 18hb September, 2013 bersetuju:-

     

    1. Jabatan Perhutanan Negeri diminta melaksanakan public inquiry untuk tempoh (4) minggu untuk meneruskan pembatalan pewartaan kawasan hutan yang terlibat:

     

    1. Penubuhan Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikan oleh Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping dan dianggotai oleh yang berikut:

     

    1. B. Tuan Dr. Ahmad Yunus b. Hairi
    Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia & Sukan, Infrastruktur & Kemudahan Awam.
    1. Pengarah, JPBD
    2. Pengarah, JKR Selangor
    3. Pengarah, JMG
    4. Pengarah, Jabatan Perhutanan
    5. PBT berkaitan
    6. Pengarah Tanah & Galian Selangor
    7. Urus setia : JPBD Selangor

     

    Jawatankuasa pemandu yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab memastikan pemantauan bagi meminimumkan kesan kepada alam sekitar dilaksanakan secara tegas dan berkala.

Lampiran

Tiada Lampiran.