Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

151) PEMBINAAN HOSPITAL

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Jelaskan perancangan kerajaan untuk membina hospital melalui PKNS

    Sila rujuk lampiran 1

    LAMPIRAN 1

    SELGATE Corporation yang merupakan anak syarikat milik penuh PKNS bercadang untuk membangunkan 5 buah hospital dalam tempoh 5-10 tahun akan datang.

    Dalam fasa awal, SELGATE telah mengenal pasti beberapa tapak milik PKNS untuk dibangunkan hospital iaitu:

    1. Gombak
    2. Rawang
    • Shah Alam
    1. Setia Alam
    2. Cyber Valley di Cyberjaya

    Berikut merupakan perancangan SELGATE di ke semua kawasan yang telah dikenal pasti:

    • Gombak

    SELGATE kan membina sebuah Hospital dengan jumlah bilangan katil sebanyak 200 buah katil di kawasan seluas 5.54 ekar di kampung Seri Makmur, Gombak dengan anggaran kos pembangunan kasar sebanyak RM140 juta. Pusat perubatan swasta ini akan memberikan perkhidmatan yang berkualiti, selamat dan mampu terutama di kawasan yang pada dengan penduduk Gombak.

    • Setia Alam

    SELGATE akan membina sebuah bandar perubatan dengan jumlah 200 buah katil “state-of-the-art hospital” di atas tanah seluas 10 ekar di Pusat Bandar Setia Alam. Pembangunan ini akan dilaksanakan bersama-sama dengan rakan kongsi tempatan atau antarabangsa, dan ia juga akan menampilkan pusat komersial yang menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan yang terletak di dalam komponen kediaman di Setia Alam.

    • Shah Alam

     

    SELGATE bercadang untuk membina sebuah hospital dengan anggaran bilangan katil sebanyak 200 buah katil di atas tanah seluas 11 ekar di Seksyen 13, Shah Alam dengan anggaran RM150 juta. Usaha sama ini akan melibatkan penyertaan daripada peneraju bidang kesihatan utama yang terkenal di Malaysia dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbaik serta pegawai dan kakitangan perubahan yang berwibawa.

     

    • Cyberjaya

    SELGATE bercadang untuk membina sebuah hospital 200 katil di kawasan seluas 10 ekar di Cyber Valley, Cyberjaya diselitkan dengan teknologi pintar. Hospital pintar akan dibina dengan anggaran kos sebanyak RM150 juta dalam bandar pintar yang akan dibangunkan oleh syarikat induk, PKNS, SELGATE akan bekerjasama gergasi penjagaan kesihatan tempatan atau antarabangsa untuk bersama-sama melaksanakan projek ini.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.