Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

148) PEMBINAAN HOSPITAL KAPAR

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah Hospital Kapar akan dibina?

    Permohonan bagi pembinaan Hospital Kapar hanya boleh diangkat oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk dimasukkan di dalam RMK-11 RP5 (Tahun 2020) apabila isu pemberimilikan tapak selesai.

    Sebagai makluman, Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke 21/2018 bertarikh 18 Julai 2018 telah meluluskan pemberimilikkan bagi Hospital Kapar dengan keluasan 202,347 meter persegi bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

Lampiran

Tiada Lampiran.