Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

73) PEMBINAAN HYPERMARKET

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah agensi Kerajaan Negeri yang terlibat dalam kelulusan pembinaan hypermarket dalam sesuatu kawasan dan syarat-syarat yang dikenakan untuk meluluskan pembinaan hypermarket dalam sesebuah kawasan?

    Kerajaan Negeri terlibat dalam memberi kelulusan pembinaan hypermarket iaitu di
    peringkat memberi kebenaran merancang pelan susunatur atau pendirian bangunan
    bagi sesuatu lokasi tapak cadangan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian
    Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.