Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

293) PEMBINAAN JALAN DUAL CARRIEGE – PERSIARAN CAKERAWALA

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan bercadang untuk pembinaaan dual carriege seperti di bangkitkan dalam sidang yang lepas ?

    1. Pihak Majlis memaklumkan Persiaran Cakerawala hanya di bina sebagai Single Carriegeway memandangkan separuh lagi rezab adalah di dalam kawasan pihak Lembaga Getah Malaysia. Pihak Lembaga Getah Malaysia telah mewartakan kawasan mereka sebagai tapak warisan negara dan tidak boleh dibangunkan. Walaubagaimanapun, bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas di Persiaran Cakerawal, pihak Lembaga Getah Malaysia telah mencadangkan pembinaan jalan alternatif baru iaitu Persiaragan Camargoana yang melalui kawasan Lembaga Getah Malaysia dan bersambung ke pembangunan Kwasa Land. Kebenaran Merancang projek telah diluluskan pada 6 Disember 2017. Status terkini projek masih di dalam tindakan pihak Lembaga Getah Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.