Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

161) PEMBINAAN JALAN PINTAS

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagi merancakkan pembangunan di kawasan Batang Kali khususnya di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menyambung semula cadangan pembinaan jalan pintas (missing link) yang sebelum ini telah dirancang yang sebelum ini menghubungkan jalan dari Kelab Golf Bukit Beruntung ke Taman Widuri? Ini dapat memendekkan masa perjalanan serta meningkatkan sosio ekonomi setempat. Diharap agar rancangan ini dapat diteruskan untuk kesejahteraan rakyat di Batang Kali.

    Skop bagi melaksanakan cadangan ini telah dipersetujui di peringkat Daerah dan Negeri bahawa JKR Negeri Selangor yang akan mengambil tindakan susulan bagi menyediakan rekabentuk dan seterusnya melaksanakan cadangan pembinaan jalan tersebut apabila peruntukan diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.