Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

230) PEMBINAAN JALANRAYA DI KAWASAN PERUMAHAN BARU

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mohon menyatakan perancangan kerajaan negeri membina jalanraya baru di Jalan Semenyih-Broga disebabkan limpahan kenderaan yang mungkin tidak lagi dapat ditampung oleh Jalan Kajang-Semenyih (FT01) akibat banyaknya taman-taman perumahan baru lalu yang diluluskan. Di DUN Semenyih, tidak kurang daripada 10 taman perumahan baru yang telah diluluskan oleh kerajaan. Pertambahan taman perumahan baru dan juga industri telah meningkatkan bilangan kenderaan di jalanraya. Dalam sedikit masa lagi jalanraya sedia ada sudah tidak dapat menampung kenderaan yang sebegitu banyak dan akibatnya masyarakat berhadapan dengan trafik jem setiap hari walaupun pada hari-hari cuti atau kelepasan am.

    Jalan Semenyih-Broga adalah dibawah seliaan pihak Jabatan Kerja Raya.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.