PEMBINAAN JAMBATAN DI PEKAN SEMENYIH MENGHALA KE SIMPANG BROGA

42) PEMBINAAN JAMBATAN DI PEKAN SEMENYIH MENGHALA KE SIMPANG BROGA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status dana dan RM6 juta tersebut?

    Projek cadangan pembinaan jambatan di pekan Semenyih telah mula dirancang untuk dilaksanakan oleh MPKj pada tahun 2006 dengan kos pembinaan yang dianggarkan berjumlah RM21 juta. Projek tersebut akan dilaksanakan menggunakan peruntukan sumbangan di bawah Trust Fund daripada pihak pemaju yang terlibat yang membangunkan projek-projek pembangunan di sekitar kawasan pekan Semenyih. Walau bagaimanapun, perlaksanaan fizikal projek hanya akan dilaksanakan setelah kutipan sumbangan mencukupi. Kutipan terkini yang diperolehi adalah sebanyak RM 1.6 juta sahaja.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.