Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

44) PEMBINAAN JEJANTAS MOTORSIKAL MENGHUBUNGKAN JALAN PJS 1 /26 DI TAMAN PETALING UTAMA MENYEBERANGI NPE

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Syamsul Firdaus Bin Mohamed Supri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terkini projek berkenaan?

    Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dari bahagian operasi telah mengeluarkan Surat Kebenaran Kerja (SKK) bertarikh 7 Mei 2018 dan bahagian wilayah tengah telah meluluskan permit kerja dan pelan pengurusan traffic pada 16 Julai 2018 dengan tempoh kerja bermula dari 31 Julai 2018 sehingga 29 September 2018. Kini pihak kontraktor dalam proses mendapatkan permit kerja mula kerja dari pihak Lebuhraya Baru Pantai (NPE) bagi kerja-kerja pengalihan tiang lampu jalan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja ditapak.

    Bagi permit masuk tapak dari pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC), pihak kontraktor didalam proses penyediaan ‘Bank Gurantee’ bernilai RM300,000.00 di atas penama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Walau bagaimanapun pihak RAC memberi kebenaran memasang hording dan meletakkan ‘site cabin’ terlebih dahulu

    Bagi permit masuk tapak dari pihak Perbadanan Aset Keretapi (RAC), pihak kontraktor didalam proses penyediaan ‘Bank Gurantee’ bernilai RM300,000.00 diatas penama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Walau bagaimanapun pihak RAC memberi kebenaran memasang hording dan meletakkan ‘site cabin’ terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.