Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

86) PEMBINAAN JENJANTAS DI JALAN BATU UNJUR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat banyak flat dan sebuah sekolah vokasional di Jalan tersebut. Adakah JKR dapat membina dua buah jejantas di jalan tersebut untuk keselamatan penduduk?

    Jalan Batu Unjur ialah Jalan Persekutuan, FT 3218. Buat masa ini, tiada keperluan mendesak untuk menaiktaraf jalan ini. Walau bagaimanapun, pihak JKR Selangor akan membuat kajian awalan terhadap keperluan pembinaan dua (2) buah jejantas yang dicadangkan oleh pihak Y.B. Untuk makluman Y.B., permohonan pembinaan jejantas di Jalan Persekutuan perlu dimajukan kepada pihak Cawangan Jalan, JKR Malaysia untuk perancangan dan pelaksanaan projek. Projek akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.