Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

248) PEMBINAAN JIRAT CINA DI KG FELDA BUKIT CERAKAH

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Selain Islam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek tersebut?

    Kerajaan Negeri telah membuat keputusan di Mesyuarat MTES pada 2 Mac 2017 mengarahkan pemaju iaitu Tetuan Future Spectrum Sdn. Bhd. memberhentikan sementara kerja-kerja tanah dan pembinaan jalan masuk projek ini sehingga Kebenaran Merancang (KM) diluluskan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Pemaju juga diminta mematuhi beberapa perkara yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri sebagai salah satu syarat kelulusan Kebenaran Merancang oleh pihak MDKS.

    Antaranya:

    • Jalan masuk yang tidak memberi gangguan kepada penduduk sekitar dan kampung.
    • Tempat letak kenderaan.
    • Landskap yang dapat menghalang pemandangan ke kubur cina tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.