Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

13) PEMBINAAN LANGAT 2

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2?

    Dalam menjawab persoalan mengenai Pembinaan Loji Langat 2 ini, Saya akan menjawab dan menerangkan perkara-perkara berikut:

     

    • Pendirian Kerajaan Negeri ke atas pelaksanaan Projek Langat 2;
    • Status pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2;
    • Senarai semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya; dan
    • Bilakah Fasa 2 akan bermula dan siap

     

    • Pendirian Kerajaan Negeri Selangor ke atas pelaksanaan Projek Langat 2

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa pelaksanaan Projek Langat 2 tidak ada kaitan dengan pelaksanaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Negeri

     

    1. Pembangunan Projek Loji Rawatan Langat 2 adalah merupakan projek di bawah penyeliaan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA) dan dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai perunding dan kontraktor yang dilantik untuk projek

     

    1. Berkenaan dengan pelaksanaan Projek Langat 2, Kerajaan Negeri Selangor amatlah menitik beratkan supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan mendukung prinsip berasaskan value for money.

     

    Prinsip value for money itu hendaklah dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal projek tetapi juga mengambil kira kos operasi yang akan terlibat di masa akan datang kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat umum.

     

    1. Kerajaan Negeri menyarankan agar setiap kontraktor yang terlibat di dalam Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 hendaklah dilantikmelalui sistem tender terbuka yang telus bagi memastikan kontraktor yang dilantik itu kelak adalah kontraktor yang benar-benar mahir dan berpengetahuan. Ini adalah untuk memastikan setiap komponen projek yang disiapkan oleh kontraktor yang telah dilantik itu benar-benar boleh beroperasi dengan baiknya tanpa memerlukan sebarang kos pembaikan sebaik sahaja projek itu diserahkan kepada operator yang akan mengoperasikan loji

     

    1. Kerajaan Negeri Selangor Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 32/2014 yang bersidang pada 25 Ogos 2014 dan disahkan oleh MMKN ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah telah bersetuju dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2. Memandangkan apabila siapnya Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 ini, bayaran harga air mentah akan dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perjanjian Jual Beli Air Mentah Pahang ke Selangor, maka saya dengan tegas menyarankan supaya Negeri Selangor turut terlibat dan diberi peranan dalam membuat keputusan berkenaan pelaksanaanprojek ini.

     

    1. Kerajaan Negeri hanya mendapat peluang untuk meneliti spesifikasi teknikal Loji Rawatan Air Langat 2 untuk fasa pertama setelah kontraktor dilantik oleh Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Negeri Selangor berpandangan beberapa spesifikasi yang dibuat untuk projek ini adalah berlebihan (excessive). Ini sudah tentu akan melibatkan peningkatan kos pembangunan dan kos operasi, contoh yang jelas adalah mengenai spesifikasi sistem proses yang dicadangkan untuk Pembangunan LojiRawatan Air Langat 2, ia akan melibatkandual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC).

     

    1. Penggunaan sistem proses dual media yang menggunakan granular activated carbon (GAC)adalah sesuai untuk sumber air yang tercemar yang mencapai tahap kelas 4 iaitu pengkelasan air yang terburuk. Persoalannya apakah air yang mengalir di Sungai Semantan yang akan dialirkan ke Negeri Selangor berada pada tahap kelas 4 iaitu sumber air yang mempunyai kualiti yang rendah? Mengapa sungai ini dipilih dan mengapa kerajaan Persekutuan mengambil opsyen ini sebagai jalan

     

    penyelesaian menyelesaikan masalah air di negeri Selangor. Kerajaan Negeri Selangor akan membayar kadar sepuluh sen per cubic meter kepada Kerajaan negeri Pahang bagi bayaran air mentah tersebut. Pada ketika ini, pihak operator air negeri Selangor hanya membayar sebanyak satu sen per cubic meter sahaja. Semua kos ini, akhirnya akan dipindahkan kepada pengguna melalui bayaran tariff air.

     

    1. Persoalan-persoalan beginilah yang menyebabkan Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa dalammelaksanakan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2, Kerajaan Negeri Selangor hendaklah juga mempunyai kuasa dalam membuat keputusan. Memang tidak dinafikan Kerajaan Persekutuan telah membentuk jawatan kuasa Pemandu pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 dan sistem agihan (JKPPP LRAL2) di mana YAB Dato‟ Menteri Besar Selangor dan agensi Kerajaan Negeri Selangor merupakanahli di dalam jawatan kuasa tersebut. Namun persoalannya, sejauh manakah teguran dan pandangan dari Kerajaan Negeri Selangor boleh didengar dan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan di dalam pelaksanaan projek ini.

     

    • Status Pelaksanaan Projek Langat 2

     

    1. Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu telah bersetuju meluluskan Pembangunan Projek Loji Rawatan Air Langat 11 selaras dengan persetujuan dan persefahaman yang telah dicapai antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan berhubung Penstrukturan Semula Perkhidmatan Industri Air Negeri Selangor melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 26 Februari

     

    1. Dalam melaksanakan Projek Langat 2, ia melibatkan enam belas (16) pakej kerja seperti berikut:-

     

     

    Pakej

     

    Tajuk Kerja

    1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
    2A Water Treatment Plant
    2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat

     

     

    Pakej

     

    Tajuk Kerja

    3 Loji    Rawatan    Enapcemar    dan    Tapak          Pelupusan Enapcemar Langat 2
    4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter
    5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
    6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke

    Kolam Air AU3

    6A Terowong Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang
    7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter
    8 Kolam Air Ampang Reservoir Berkapasiti 36 Juta Liter
    9 Kolam Air AU3 Berkapasiti 28 Juta Liter
    10 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Lebuhraya Sg. Besi
    11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil
    12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter
    13 Kolam Air Bukit Jalil Berkapasiti 22 Juta Liter
    14 Kolam Air Petaling Berkapasiti 80 Juta Liter

     

    1. Dari enam belas pakej kerja tersebut, hanya tiga pakej yang telah dianugerahkan kepada kontraktor iaitu:-

     

     

    Pakej

     

    Tajuk Kerja

     

    Kontraktor

    1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Loh-Loh     Construction                    Sdn Bhd
    2A Water Treatment Plant Salcon MMC AZRB JV
    5 Paip Air Terawat Utama dari  Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Jaks Sdn Bhd

     

    Pakej-pakej lain akan dianugerahkan secara berperingkat-peringkat. Setakat 28 Februari 2015, Kemajuan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Pakej 2A) : Jadual = 5%, Sebenar = 3%.

     

    1. Lanjutan dari kelulusan tersebut, Kerajaan Negeri Selangor melalui Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan telah memberikan kelulusan Kebenaran Merancang, butirannya seperti berikut:-

     

    Pakej Tajuk Kerja Kelulusan PBT
    Kebenaran Merancang Kerja Tanah dan Perparitan Kerja Bangunan PBT
    1B Paip    Air         Mentah dari                    Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke    Loji          Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji          Rawatan   Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari

    2015.

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

    MPKj

    2A Water     Treatment Plant Sudah Sudah (bersyarat) Belum MPKj
    2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan             Air Langat Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari

    2015.

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    MPKj

    3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar

    Langat 2

     

     

    Belum *

     

     

    Belum

     

     

    Belum

     

     

    MPKj

    4 Kolam                 Air

    Imbangan                         Bukit Enggang Berkapasiti       210

    Kelulusan Kebenaran Merancang telah  

    Belum

     

    Belum

     

    MPKj

     

    Pakej Tajuk Kerja Kelulusan PBT
    Kebenaran Merancang Kerja Tanah dan Perparitan Kerja Bangunan PBT
      Juta Liter diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015.      
    5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air  Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam                 Air

    Imbangan Hulu Langat

     

     

     

     

    Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan

     

     

     

     

     

    MPKj

    6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air AU3  

    Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan

     

    MPAJ/DBKL

    6A Terowong         Air

    Terawat             dari

    Kolam                 Air

    Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang

     

     

    Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan

     

     

    MPKj

    7 Kolam                 Air

    Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter

    Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015.  

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    MPKj

    8 Kolam Air Ampang Reservoir DBKL

     

    Pakej Tajuk Kerja Kelulusan PBT
    Kebenaran Merancang Kerja Tanah dan Perparitan Kerja Bangunan PBT
      Berkapasiti         36

    Juta Liter

     
    9 Kolam     Air                AU3 Berkapasiti         28

    Juta Liter

     

    Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan

     

    MPKj

    10 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air  Imbangan Bukit Enggang ke Lebuhraya Sg. Besi  

     

    Tidak berkaitan. Hanya Permit kerja diperlukan

     

     

    MPSj

    11 Paip Air Terawat Utama               dari

    Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil

    Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari 2015.  

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    MPKj

    12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti         22

    Juta Liter

    Kelulusan Kebenaran Merancang telah diperolehi tetapi tarikh kelulusan telah lupus pada 26 Februari

    2015.

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    Belum

     

     

     

     

     

    MPKj

    13 Kolam Air Bukit Jalil Berkapasiti 22 Juta Liter  

    Belum

     

    Belum

     

    Belum

     

    MPSj

    14 Kolam Air Petaling Berkapasiti         80

    Juta Liter

     

    Belum

     

    Belum

     

    Belum

     

    MPSj

     

    1. Selain dari kelulusan Kebenaran Merancang, Kerajaan Negeri juga memberikan kelulusan untuk pengambilan balik

     

     

     

     

     

     

    Pakej Tajuk Kerja Status Pengambilan Balik Tanah
    1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang- Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat •            Melibatkan 8 lot tanah persendirian yang belum selesai.

    •            Perbicaraan    peringkat    2                          sedang dibuat

    2A Water Treatment Plant •   Melibatkan 20 lot tanah persendirian yang belum selesai. Penarikan balik

    3 lot kerana kos pampasan terlalu tinggi dan melibatkan kubur lama

    •   Perbicaraan    peringkat    2                          sedang dibuat

    2B Kuarters     Kakitangan    di     Loji Rawatan Air Langat •            Melibatkan 2 lot tanah persendirian yang belum selesai

    •            Perbicaraan    peringkat    2                          sedang dibuat

    3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar Langat 2 •            melibatkan lebih dari 80 lot tanah persendirian
    4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter •   Melibatkan 3 lot tanah persendirian yang belum selesai dan 2 lot tanah TDK.

    •   Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat

    5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan

    Hulu Langat

    •                         Melibatkan 9 lot tanah persendirian yang belum selesai. 6 lot masih belum diwarta.

    •                         Perbicaraan peringkat 2 sedang dibuat

    6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air AU3 •            Melibatkan 7 lot tanah persendirian yang belum diwartakan.

    •            Kemukaan pelan-pelan pengambilan balik          tanah    (LA              plan)       telah

     

    Pakej Tajuk Kerja Status Pengambilan Balik Tanah
        dikemukaan kepada JKPTG pada 23 Dec 2014.
    6A Terowong Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang melibatkan 7 lot tanah persendirian. Pelan akan dikemukakan sebelum 31 March 2015 selepas kerja-kerja penyiasatan tapak selesai.
    7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter •            Melibatkan 7 lot tanah persendirian yang belum selesai.

    •            Perbicaraan peringkat 1 (1st hearing) bagi 6 lot telah dibuat pada 21/10/2014.

    •                         Menunggu JPPH untuk memanggil perbicaraan peringkat 2 bagi 5 lot dan peringkat 1 untuk 1 lot.

    11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil 5 lot tanah persendirian masih belum diwartakan

    Perbicaraan peringkat 1 (1st hearing) bagi 2 lot telah dibuat pada 21 Okt 2014 Masih       menunggu      JKPTG                  untuk memanggil perbicaraan peringkat ke 2.

    12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter 4 lot tanah persendirian masih belum diwartakan. (KeTTHA mungkin perlu mendaftar semula secara „on-line‟ semula permohonan pengambilan tanah tersebut kerana terdapat masalah  ke atas pendaftaran on-line terdahulu).

     

    • Senarai semua tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 bersama dengan kapasitinya

     

    Mengikut perancangannya, tangki atau kolam takungan baru yang akan dibina untuk menerima air yang dirawat oleh Langat 2 adalah seperti berikut:

     

    Per Kolam                     Air

    Imbangan

    Kapasiti

    (Juta Liter)

    Kawasan Liputan Bekalan
    1. Bukit Enggang 210 Koridor Barat

    (Petaling)

    2.  

    Hulu Langat

     

    92

    KL Selatan Dan Pusat Bandar

     

    Per Kolam Air Service Kapasiti

    (Juta Liter)

    Kawasan Liputan Bekalan
    1. Sg. Besi 22 Disambungkan dengan Paip Air Sediada dan dibekalkan ke Sg. Besi & KL Selatan
    2. Bukit Jalil 22 Dibekalkan ke KL Selatan

    (KL Selatan : Bkt Jalil, Sg.

    Besi, Sri Petaling )

    3. Petaling 80 Dibekalkan ke mukim Petaling termasuk kawasan Bukit Gasing, Kinrara dan Puchong
    4. Ampang 36 Dibekalkan ke Ampang dan KL Timur (KL Timur : Wangsa Maju, Mindef, Datuk Keramat)
    5. AU3 28 Dibekalkan ke Kuala Lumpur Timur dan utara

    (KL Utara : Setapak, Melawati)

     

    • Pelaksanaan fasa 2

     

    Fasa 2 Projek Langat 2 masih tiada dalam perancangan PAAB.

     

    Walau bagaimanapun, pengambilan balik tanah bagi tapak projek ini telah dibuat oleh pihak Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KTTHA).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.