Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

52) PEMBINAAN LOJI LANGAT 2

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pembinaan Loji Langat 2?

    Status pembinaan Loji Langat 2

     

    Perjanjian Jual Beli Air Mentah di antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pahang telah ditandatangani pada 22 November 2007. Berdasarkan kepada perjanjian tersebut, Kerajaan Negeri Pahang akan membekalkan air mentah kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui pelaksanaan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) yang akan dilaksanakan dan dibiayai oleh Kerajaan

     

    • Projek PPAMPS yang dilaksanakan oleh Kementerian Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) terdiri dari komponen utama berikut:-
    • Pembinaan Empangan Kelau di Sungai Kelau, Pahang
    • Pembinaan Muka Sauk di Sungai Semantan, Pahang;
    • Pemasangan Paip Air Mentah dari Muka Sauk ke Terowong (inlet) sejauh 8km;
    • Pembinaan terowong sejauh 44.6 km bagi menyalurkan air mentah ke Negeri Selangor (outlet).

     

    Air Mentah yang disalurkan akan dirawat dan diagih di bawah Skim Langat 2. Kerja-kerja pembinaan Projek PPAMPS telah siap sepenuhnya.

    • Skim Langat 2 yang sedang dilaksanakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terdiri dari komponen utama berikut:-
    • Pemasangan Paip Air Mentah dari Terowong (perkara 2.2 (iv) di atas) sejauh 3km ke Loji Rawatan Air Langat 2;
    • Pembinaan Loji Rawatan Air berkapasiti 1130 Juta Liter Sehari (JLH) di Hulu Langat;
    • Pembinaan 2 Kolam Imbangan dan 5 Kolam Servis;
    • Pemasangan paip air terawat lebih dari 50km di Negeri Selangor dan Kuala

     

    PAAB memaklumkan jadual asal siap keseluruhan Skim Langat 2 pada awal 2017 tidak mungkin tercapai dan tarikh baru siap untuk menyiapkan keseluruhan Skim Langat 2 adalah dijadualkan pada tahun

     

    Pembangunan Projek Loji Rawatan Langat 2 adalah merupakan projek di bawah penyeliaan KTTHA dan dilaksanakan oleh PAAB. Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai perunding dan kontraktor yang dilantik untuk projek

     

    Berkenaan dengan pelaksanaan Projek Langat 2, Kerajaan Negeri Selangor amatlah menitik beratkan supaya projek ini dapat dilaksanakan dengan mendukung prinsip berasaskan value for money. Prinsip value for money itu hendaklah dilihat bukan sahaja dari segi pembangunan fizikal projek tetapi juga mengambil kira kos operasi yang akan terlibat di masa akan datang kerana setiap kos yang terlibat itu akhirnya akan diterjemahkan dalam bentuk tarif air yang akan ditanggung oleh rakyat

     

    Kerajaan Negeri menyarankan agar setiap kontraktor yang terlibat di dalam Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 hendaklah dilantik melalui sistem tender terbuka yang telus bagi memastikan kontraktor yang dilantik itu kelak adalah kontraktor yang benar-benar mahir dan berpengetahuan. Ini adalah untuk memastikan setiap komponen projek yang disiapkan oleh kontraktor yang telah dilantik itu benar-benar boleh beroperasi dengan baiknya tanpa memerlukan sebarang kos pembaikan sebaik sahaja projek  itu diserahkan kepada operator yang akan mengoperasikan loji

     

    Pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 32/2014 yang bersidang pada 25 Ogos 2014 dan disahkan oleh MMKN ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah telah bersetuju dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2. Memandangkan apabila siapnya Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 ini, bayaran harga air mentah akan dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Perjanjian Jual Beli Air Mentah Pahang ke Selangor, maka saya dengan tegas menyarankan supaya Negeri Selangor turut terlibat dan diberi peranan dalam membuat keputusan berkenaan pelaksanaan projek

     

    Dalam melaksanakan Projek Langat 2, ia melibatkan enam belas (16) pakej kerja seperti berikut:-

     

     

    Pakej

     

    Tajuk Kerja

    1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang- Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
    2A Water Treatment Plant

     

     

    Pakej

     

    Tajuk Kerja

    2B Kuarters Kakitangan di Loji Rawatan Air Langat
    3 Loji Rawatan Enapcemar dan Tapak Pelupusan Enapcemar Langat 2
    4 Kolam Air Imbangan Bukit Enggang Berkapasiti 210 Juta Liter
    5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat
    6 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Ampang Ke Kolam Air

    AU3

    6A Terowong Air Terawat dari Kolam Air Imbangan Hulu Langat ke Kolam Air Ampang
    7 Kolam Air Imbangan Hulu Langat Berkapasiti 92 Juta Liter
    8 Kolam Air Ampang Reservoir Berkapasiti 36 Juta Liter
    9 Kolam Air AU3 Berkapasiti 28 Juta Liter
    10 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang

    ke Lebuhraya Sg. Besi

    11 Paip Air Terawat Utama dari Lebuhraya Sg. Besi ke Kolam Air Sedia Ada Bukit Dengkil
    12 Kolam Air Sg. Besi Berkapasiti 22 Juta Liter
    13 Kolam Air Bukit Jalil Berkapasiti 22 Juta Liter
    14 Kolam Air Petaling Berkapasiti 80 Juta Liter

     

    1. Dari enam belas pakej kerja tersebut, hanya tiga pakej yang telah dianugerahkan kepada kontraktor iaitu:-

     

     

    Pakej

     

    Tajuk Kerja

     

    Kontraktor

    1B Paip Air Mentah dari Terowong Projek Air Mentah Pahang-Selangor ke Loji Rawatan Air Langat 2 dan Paip Terawat Dari Loji Rawatan Air Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat Loh-Loh     Construction                    Sdn Bhd
    2A Water Treatment Plant Salcon MMC AZRB JV
    5 Paip Air Terawat Utama dari Kolam Air Imbangan Bukit Enggang ke Kolam Air Langat Sedia Ada dan Air Terawat Utama dari Loji Rawatan Air

    Langat 2 ke Kolam Air Imbangan Hulu Langat

    Jaks Sdn Bhd

     

    Kerajaan Negeri melalui MMKN ke 44/2014 dan disahkan dalam MMKN ke 45/2014 pada 19 November 2014 telah mengarahkan MPKj menanguhkan kelulusan Pelan Kerja tanah dan Infrastruktur Projek Langat 2 sementara waktu sehinggalah perkara-perkara berhubung condition precedent di bawah Perjanjian Utama

     

    Memandangkan Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor telah ditandatangani pada 10 Julai 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju meluluskan permohonan pelaksanaan Projek Loji Rawatan Air Langat

Lampiran

Tiada Lampiran.