Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

103) PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR LANGAT 2 (LRAL2)

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkenaan pembinaan LRAL2?

    Selepas Perjanjian Tambahan mengenai penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor dimeterai pada 10 Julai 2015, Kerajaan Negeri Selangor telah pun memberikan kelulusan ke atas pelaksanaan pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2. Kelulusan tersebut melibatkan kelulusan pengambilan balik 21 lot tanah, kebenaran merancang ke atas 12 pakej pembangunan loji Langat 2, Kelulusan Pelan Bangunan dan kelulusan Permit Kerja yang berkaitan seperti kerja tanah, pengalihan utiliti dan pelencongan

     

    • Mengikut laporan yang dikemukakan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selaku pelaksana pembangunan Projek Langat 2, setakat September 2015, status pelaksanaan adalah seperti berikut:-

     

    Bil Perkara Status Jadual

    (%)

    Status Sebenar

    (%)

    1. Peringkat Reka bentuk 25.00 21.71
    2. Peringkat Tender 10.00 7.99
    3. Peringkat Pembinaan 16.64 4.00
    4. Peringkat selepas Pembinaan 0.01 0.01
      Jumlah 51.05 33.71

     

    • Secara keseluruhannya, pembangunan Projek Langat 2 ini boleh disiapkan pada pertengahan tahun

Lampiran

Tiada Lampiran.