Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

90) PEMBINAAN LOJI RAWATAN AIR

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Labohan Dagang dan Semenyih?

    Tuan Speaker,
    Status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2
    1. Projek Langat 2 ini dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Air Tanah dan Sumber Asli (KATS) yang dahulunya Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).
    2. Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembinaan untuk Loji Langat 2 Fasa 1 dijadualkan siap sepenuhnya pada tahun 2022 dengan pengeluaran air terawat berkapasiti 1,130 JLH. Walau bagaimanapun, Loji Langat 2 ini dijadualkan akan membekalkan air terawat secara berperingkat-peringkat bermula Julai 2019.
    3. Berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh dari Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), secara keseluruhannya kemajuan fizikal di tapak setakat bulan Februari 2019 adalah 75.00% berbanding yang dijadualkan sebanyak 82.13%
    4. Bagi pembinaan loji, kerja-kerja pembinaan telah mencapai 95% berbanding jadual 100%. Dalam melaksanakan pembinaan loji, ia telah pecahkan kepada dua stream¸ Stream A dan Stream B. Setiap stream dipecahkan kepada Seksyen 1 dan Seksyen 2. Stream A dengan kapasiti 565 JLH telah
    siap dan sedia untuk menjalani kerja-kerja pengujian dan pentauliahan (Testing & Commissioning (T&C) pada bulan Julai 2019. Setelah T & C ini tamat, Stream A ini akan bermula menyalurkan air terawat kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) untuk dibekalkan kepada pengguna. Walaupun Stream A ini mempunyai kapasiti 565 JLH, jumlah air yang akan dibekalkan oleh Air Selangor kepada pengguna adalah sebanyak 325 JLH kerana terdapat kekangan di dalam paip agihan. Air bersih sebanyak 325 JLH air ini akan di bekalkan ke kawasan KL Selatan dan Pusat Bandar KL.
    Status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Labohan Dagang
    1. Setakat 28 Februari 2019, status pelaksanaan Loji Rawatan Air (LRA) Labohan Dagang adalah seperti berikut:
    Bil Nama Pakej Kemajuan disasar (%) Kemajuan Sebenar (%) Peratus lewat
    1.
    PAKEJ A – Kerja-kerja Pengukuhan dan Pemuliharaan Kolam Pra-rawatan dan Kolam Utama Termasuk Membina Mukasauk di Sungai Langat.
    98.25
    97.15
    1.10
    2.
    PAKEJ B – Membina, Menguji dan Mentauliah Tangki Air Konkrit Bertetulang Muatan 40ML, Kerja-kerja Cerun, Jalan Masuk Serta Kerja-kerja Berkaitan di Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor
    87.00
    83.00
    4.0
    3.
    PAKEJ C1 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Paip M.S. Bergarispusat 1800 Mm serta Kerja-
    100.00
    99.95
    (Telah siap sepenuhnya di tapak, dalam
    2.0
    Bil Nama Pakej Kemajuan disasar (%) Kemajuan Sebenar (%) Peratus lewat
    kerja Berkaitan dari Loji Rawatan Air Labohan Dagang ke Jalan Sukun, Kanchong Darat, Kuala Langat, Selangor
    tindakan untuk pengujian laluan air dari loji, hanya boleh dilaksanakan apabila loji beroperasi)
    4.
    PAKEJ C2 – Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Paip M.S. 1800 mm serta Kerja-kerja Berkaitan dari Jalan Sukun, Kanchong Darat ke Jalan Bukit Jugra
    5.
    PAKEJ D – Menguji dan Mentauliah Sebuah Loji Rawatan Air Berkapasiti 200 Mld serta Kerja-Kerja Berkaitan di Labohan Dagang, Kuala Langat, Selangor
    94.00
    82.00
    12.0
    2. Secara amnya, kemajuan sebenar di tapak bagi keseluruhan projek telah mencapai 92.41%. Buat masa ini pihak kontraktor sedang dalam usaha untuk menyiapkan kerja di tapak berdasarkan jadual yang telah ditetapkan pada 23 April 2019. Sekiranya pihak kontraktor gagal menyiapkan projek pada tarikh yang ditetapkan itu, Kerajaan Negeri boleh mengenakan liquidated and ascertained damages (LADs) terhadap pihak kontraktor.
    Status terkini projek pembinaan Loji Rawatan Air Semenyih 2?
    Loji Rawatan Air Semenyih 2 telah siap sepenuhnya pada 28 Februari 2018 dan telah diserahkan untuk dioperasikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) mulai pada 01 Mac 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.