Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

99) PEMBINAAN MASJID

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pembinaan Masjid pada setiap tahun dan adakah masih terdapat projek terbengkalai?

    1. Jumlah pembinaan Masjid pada setiap tahun bermula dari tahun 2011 hingga 2014 adalah seperti berikut:

     

    TAHUN 2011 TAHUN 2012 TAHUN 2013 TAHUN 2014
    2 buah 3 buah 2 buah 4 buah

     

    *NOTA- Bilangan masjid dibina pada tahun berkenaan diambilkira dari tarikh milik tapak sesebuah projek

     

    Mengikut rekod, tiada projek yang dikategorikan sebagai projek terbengkalai. Walau bagaimanapun, terdapat 2 (dua) projek yang dikategorikan sebagai projek sakit iaitu projek Masjid Ukay Perdana (Gombak) dan Masjid Al-Islah Sementa (Klang).

Lampiran

Tiada Lampiran.