Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

189) PEMBINAAN MASJID BARU DENGKIL

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kelulusan dan bajet dari MAIS dan Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan Masjid Dengkil yang baru telah lama diluluskan. Apakah permasalahan yang menjadi halangan untuk projek ini?

    Terdapat isu pencerobohan dan tuntutan Orang Asli terhadap tapak yang telah diwartakan untuk pembinaan Masjid Baru Pekan Dengkil. Pihak JAIS telah membawa perkara ini ke Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri untuk memohon pandangan dan tindakan selanjutnya.

Lampiran

Tiada Lampiran.