Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

43) PEMBINAAN MASJID BARU

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk membina masjid baru di Semenyih bagi menampung jemaah yang kian ramai termasuk di Semenyih

    Keperluan pembinaan masjid baru bagi satu-satu kawasan adalah berdasarkan
    kepada jumlah penduduk Islam yang menduduki kawasan tersebut.
    Sehubungan itu, bagi kawasan Pekan Semenyih, Daerah Hulu Langat, keperluan bagi membina sebuah masjid baru adalah tidak mendesak dan masjid sedia ada iaitu Masjid Raja Muda Musa Semenyih, masih lagi mampu menampung bilangan jemaah iaitu sebanyak 600 jemaah di kawasan tersebut.

    Sehubungan itu, berdasarkan kepada keperluan semasa, tiada peruntukan
    disediakan oleh Kerajaan negeri bagi membina masjid baru di kawasan Pekan
    Semenyih, daerah Hulu Langat.

Lampiran

Tiada Lampiran.