Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

83) PEMBINAAN MASJID CINA ISLAM DI BANDAR BARU KLANG

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini tentang pembinaan masjid Cina Muslim yang diperuntukkan RM2.5 juta yang bakal dibina pada tahun 2019 di Bandar Baru Klang?

    Lawatan kerja oleh pihak JKR ke China bersama wakil JAIS telah diadakan pada 12 hingga 17 Mac 2019 untuk melaksanakan kajian berkaitan seni bina dan reka bentuk masjid di Negara China dan kaedah pentadbiran serta pengurusan masjid. Projek dijangka akan ditenderkan pada akhir tahun ini oleh pihak JKR.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.