Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

152) PEMBINAAN PASARAYA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan dalam membenarkan terlalu banyak pembinaan pasaraya-pasaraya besar yang boleh menyebabkan perniagaan-perniagaan kecil gulung tikar?

    Setiap pemajuan Hypermarket atau pasaraya perlu mendapat kelulusan dan pertimbangan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum sebarang kelulusan diberikan oleh PBT. PBT di Selangor mengguna pakai Garis Panduan Pasaraya Besar (hypermarket) yang dikeluarkan oleh Plan Malaysia dalam menetapkan keperluan keluasan lantai minima 8000 meter persegi bagi pembangunan sesebuah pasaraya. Kawalan keluasan ini bagi mengawal kewujudan hypermarket dan secara tidak langsung membantu perniagaan peniaga kecil.

     

    Selain daripada itu sebagai langkah kawalan, cadangan pembangunan Pasaraya mestilah mengikut zon gunatanah yang telah ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan di setiap PBT di Negeri Selangor.  Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat pembangunan tersebut yang dicadangkan berhampiran perniagaan kecil, pemaju diminta menyediakan laporan kajian pasaran dan laporan impak sosial (S.I.A.).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.