Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

114) PEMBINAAN PINTU GERBANG DI PANDAMARAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah bersetuju pada awal tahun ini supaya membina pintu gerbang di Jalan Besar Pandamaran atas sumbangan Kerajaan Negeri tetapi sehingga kini pembinaan masih belum dimulakan. Bila pintu gerbang tersebut akan dibina?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM55,506.00 melalui peruntukan Projek-projek Kampung Baru/Bagan untuk pihak Majlis melaksanakan pembinaan tersebut. Majlis telah menyediakan pelan dan senarai kuantiti kerja bagi pembinaan tersebut. Surat telah dikemukakan kepada pihak JKR Daerah Klang dan pihak JKR Daerah Klang telah memanjangkan perkara ini kepada pihak JKR Negeri.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.