Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

236) PEMBINAAN RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah kelulusan pembinaan rumah ibadat selain Islam dari 2014- 2016 mengikut agama

    Jumlah kelulusan permohonan pembinaan baru bagi rumah ibadat selain Islam yang di rekodkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah sebanyak 36 daripada tahun 2014 sehingga tahun 2016. Berikut adalah jumlah kelulusan permohonan pembinaan baru mengikut PBT:

    PBT JUMLAH KELULUSAN PEMBINAAN 2014 – 2016
    BUDDHA (TOKONG) HINDU (KUIL) GEREJA
    MBSA 0 1 2
    MBPJ 2 0 1
    MPSJ 3 1 1
    MPK 3 1 0
    MPSP 2 0 0
    MPS 0 0 1
    MPKJ 2 4 6
    MPAJ 1 0 0
    MDKS 3 0 1
    MDKL 0 0 0
    MDHS 1 0 0
    MDSB 0 0 0
    JUMLAH 17 7 12

     

Lampiran

Tiada Lampiran.