Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

107) PEMBINAAN RUMAH TRANSIT UNTUK PASANGAN MUDA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah rancangan Kerajaan untuk membina rumah transit untuk pasangan baru berkahwin ?

    Untuk makluman Yang Berhormat, ketika ini Kerajaan Negeri tiada program khusus untuk membina rumah transit bagi pasangan muda yang baharu berkahwin untuk memiliki ataupun menyewa rumah. Ini kerana Kerajaan Negeri berpandangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan Kerajaan Negeri melalui sama ada di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain masih mencukupi untuk menampung keperluan dan membantu pasangan muda dalam menyediakan tempat tinggal yang sempurna khususnya untuk Ketika ini terdapat tiga (4) buah Projek PPR di bawah seliaan Kerajaan Negeri iaitu PPR Lembah Subang 1 (MBPJ), PPR Kg Baru Hicom, Seksyen 26 Shah Alam dan PPR Serendah, Hulu Selangor (LPHS) dan PPR Kota Damansara (seliaan anak syarikat LPHS iaitu Perumahan Hartanah Selangor Sdn. Bhd.) yang mana keseluruhan unitnya berjumlah 5,436 unit. Selain itu, terdapat juga sebanyak 719 unit Council Homes di lima (5) buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu dua (2) di bawah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), dua (2) di bawah Majlis Perbandaran Klang (MPK), satu (1) di bawah Majlis Perbandaran Selayang (MPS), satu (1) di bawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan satu (1) di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

    Bermula tahun 2015 sebagai mana yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2015 yang telah diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar. Kerajaan Negeri melalui LPHS bercadang untuk membeli 45 unit Rumah Mampu Milik di lokasi- lokasi yang strategik untuk dijadikan Council Homes khususnya bagi menampung keperluan golongan pasangan muda untuk menyewa rumah pada kadar sewa 30% lebih rendah daripada harga pasaran. Pada masa hadapan sekiranya permintaan yang tinggi oleh golongan ini, Kerajaan Negeri bersedia untuk menambahkan peruntukan tersebut

    Bagi pasangan muda yang berhasrat untuk memiliki rumah mampu milik pula, mereka boleh memohon untuk memiliki rumah mampu milik di bawah program Rumah Selangorku mengikut Jenis Rumah (harga dari RM42,000.00 hingga RM250,000.00 seunit) bergantung pada kelayakan dan kemampuan masing- masing.

Lampiran

Tiada Lampiran.