PEMBINAAN SAMBUNGAN LRT KELANA JAYA – PUTRA HEIGHTS

18) PEMBINAAN SAMBUNGAN LRT KELANA JAYA – PUTRA HEIGHTS

Tahun:

Sesi:

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerajaan negeri sudah bersetuju sepenuhnya tentang projek ini dan bilakah persetujuan ini diberikan?

    Kerajaan Negeri melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 27 Mei 2009 telah bersetuju terhadap Projek Pembinaan LRT Kelana Jaya

    – Putra Heights.

     

    Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor sangat menyedari bahawa terdapat bantahan yang diterima daripada penduduk berhubung pembinaan dan jajaran LRT yang dianggap berisiko tinggi. Semua bantahan penduduk telah didengari melalui beberapa sesi pendengaran awam yang telah dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan yang terlibat.

     

    Dalam hal ini, Kerajaan Negeri melalui keputusan MMKN juga telah bersetuju bagi melantik dua (2) orang perunding bebas bagi menyediakan laporan kajian terperinci terhadap Risiko Kejuruteraan Geoteknik, Risiko Pembinaan di Tapak Sensitif, dan pelbagai aspek teknikal yang terlibat di dalam pembinaan jajaran LRT tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.