Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

124) PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH DI KAMPUNG TELOK GONG MUKIM PULAU INDAH DAERAH KLANG

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menambah bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam kawasan Pelabuhan Klang terutamanya di Kampung Telok Gong dimana Kerajaan Negeri menyediakan tanah dan Kerajaan Persekutuan membina bangunan sekolah?

    Kerajaan Negeri secara khususnya tidak mempunyai bidang kuasa dalam pembinaan sekolah-sekolah di Negeri Selangor. Namun begitu, Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama sekiranya aktiviti pembinaan sekolah ini melibatkan isu tanah dan pihak berkuasa tempatan.

    Berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian kepada keperluan pendidikan di bandar, luar bandar dan kawasan berpopulasi tinggi. Bagi tujuan memenuhi keperluan penduduk setempat, khususnya dalam konteks meningkatkan akses dan kualiti pendidikan, KPM merancang pembinaan sekolah baharu dan bangunan tambahan di sekolah- sekolah sedia ada secara berterusan dan berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun pelaksanaan perancangan pembangunan ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kemampuan kewangan negara.

    Pembinaan sesebuah sekolah adalah berdasarkan keperluan komuniti setempat termasuklah bagi kawasan Kampung Telok Gong. Buat masa ini KPM belum ada cadangan membina sekolah baharu di Kampung Telok Gong. KPM lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menaik taraf sekolah yang sedia ada supaya dapat menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang kondusif dan sempurna.

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SELANGOR

    1. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian kepada keperluan pendidikan di bandar, luar bandar dan kawasan berpopulasi tinggi. Bagi tujuan memenuhi keperluan penduduk setempat, khususnya dalam konteks meningkatkan akses dan kualiti pendidikan, KPM merancang pembinaan sekolah baharu dan bangunan tambahan di sekolah-sekolah sedia ada secara berterusan dan berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun pelaksanaan perancangan pembangunan ini tertakluk kepada kelulusan agensi pusat dan kemampuan kewangan negara.

    Pembinaan sesebuah sekolah adalah berdasarkan keperluan komuniti setempat termasuklah bagi kawasan Kampung Telok Gong. Buat masa ini KPM belum ada cadangan membina sekolah baharu di Kampung Telok Gong. KPM lebih menumpukan kepada usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur dan menaik taraf sekolah yang sedia ada supaya dapat menyediakan kemudahan dan iklim pembelajaran yang kondusif dan sempurna.

Lampiran

Tiada Lampiran.