Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

84) PEMBINAAN SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila perjelaskan apakah alasan utama yang menyebabkan cadangan pembinaan bangunan baru SRA Taman Harmoni Sekinchan tergendala sehingga kini selepas pilihan raya 8 Mac yang lalu sedangkan papan tanda lambang BN sudah didirikan sejak tahun 2006?

    Cadangan pembinaan baru Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Harmoni, Sekinchan, Daerah Sabak Bernam telah dirancang oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 – 2010). Ianya telah dirancang untuk mula dilaksanakan dalam tahun 2008.

     

    Namun begitu, kenaikan harga barang-barang binaan yang luar biasa dalam tahun 2008 (julat kenaikan di antara 20% – 45%) telah menyebabkan projek ini ditangguhkan pada tahun 2008.

     

    Kenaikan harga barang-barang binaan pada tahun 2008 juga telah menyebabkan hampir kesemua projek-projek pembangunan JAIS yang sedang dilaksanakan dalam tahun 2008 mengalami pertambahan kos dan melebihi siling RMKe-9 yang diluluskan kepada pihak JAIS, dan perkara ini telah menyebabkan projek ini ditangguhkan dalam RMKe-9 melalui Semakan Semula RMKe-9 yang diadakan pada pertengahan tahun 2008. Projek ini dijangka akan dilaksanakan pada RMKe-10.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.