Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

345) PEMBINAAN SEMULA GERAI-GERAI, MEDAN-MEDAN SELERA DAN PASAR AWAM PBT

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai rancangan besar-besaran untuk membina semula atau menaik taraf gerai, medan selera dan pasar awam milik PBT untuk mempertingkatkan daya tarikannya?

    Cadangan kerja-kerja  pembaikan dan naiktaraf Gerai, Medan Selera dan Pasar  milik PBT dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan di tapak dan peruntukan PBT. Walau bagaimanapun, setiap PBT mempunyai perancangan projek / kerja naiktaraf aset-aset tersebut dan dimasukkan dalam bajet PBT masing- masing dan pelaksanaan adalah bergantung kepada keupayaan kewangan / peruntukan PBT bagi tahun tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.