Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

134) PEMBINAAN TANDAS BARU DI JALAN BESAR PANDAMARAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Majlis Perbandaran Klang telah bersetuju untuk membina satu tandas baru di Jalan Besar Pandamaran pada tahun 2013 tetapi pembinaan tidak dilakukan sehingga kini disebabkan kekurangan dana. Bolehkah Kerajaan Negeri membantu dari segi kewangan?

    a) Kerajaan Negeri sentiasa bersedia untuk melihat permasalahan yang dihadapi oleh Majlis Perbandaran Klang dan sedia mempertimbangkan apa-apa permohonan kewangan yang dikemukakan tertakluk kepada justifikasi yang diberikan.

Lampiran

Tiada Lampiran.