Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

227) PEMBUANGAN SAMPAH DI SUNGAI KEMBUNG, BANGI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kawasan pembuangan sampah di Sungai Kembong telah ditutup, walau bagaimanapun pembuangan sampah oleh berbagai pihak berterusan. Pencemaran bau tidak menyenangkan penduduk di Bandar Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Mengapa pembuangan sampah di sini berterusan, walaupun kawasan ini telah diisytiharkan tutup?

    Bekas tapak pelupusan Sg. Kembong Lot 2246 diberi kebenaran oleh pihak Menteri Besar Selangor pada 25/11/2008 kepada Syarikat Core Compentencies Sdn. Bhd. bertujuan pemulihan dan pemeliharaan tapak, pembangunan program kompos, serta pembangunan tapak pelupusan sampah bagi tujuan pelupusan akhir bahan proses dari loji RDF.

Lampiran

Tiada Lampiran.