Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

198) PEMBUANGAN SAMPAH DI TEBING SUNGAI KELANG

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk membersihkan Sungai Kelang

    Sungai Klang merupakan salah satu sungai utama di Negeri Selangor. Sungai ini yang panjangnya 120 kilometer merentasi dua negeri iaitu Negeri Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sungai Klang di dalam Negeri Selangor terletak di bahagian hulu dan hilir yang panjangnya 80 kilometer manakala di bahagian tengah sepanjang 40 kilometer mengalir di dalam Kuala

     

    Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) merupakan sebuah agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap sumber air di Negeri Selangor. Memastikan kelestarian sumber air termasuk sungai sentiasa terpelihara. Dari konteks pembuangan sampah di Sungai Klang, pihak LUAS telah mengambil beberapa tindakan penguatkuasaan dalam memastikan perkara ini dapat diatasi. Pihak LUAS turut menerima aduan bukan sahaja daripada orang awam bahkan agensi kerajaan sendiri.

     

    Sehubungan itu, pihak LUAS telah mengambil tindakan melalui:

     

    1. Pasukan Petugas Lembangan Sungai Klang; dan

     

    1. Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai Negeri

     

    Melalui kaedah di atas, tindakan susulan secara bersepadu dapat diambil dan diselaraskan di antara agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah (PTD), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan sebagainya.

     

    Pihak LUAS telah mengetuai beberapa tindakan bersepadu di beberapa lokasi tebing Sungai Klang yang menjadi tempat pembuangan sampah. Antara tempat yang telah diambil tindakan dan ditutup adalah tebing Sungai Klang di PJS5, PJS4, PJS3 dan Lembah Kinrara. Tindakan penguatkuasaan bersepadu ini hasil kerjasama daripada PBT, JPS, PTD, PDRM dan sebagainya. Antara tindakan yang diambil adalah melalui pengeluaran notis, penutupan kawasan dan operasi pembersihan kawasan. Walau bagaimana pun, pemantauan secara berterusan perlu dilakukan di kawasan-kawasan ini memandangkan isu pembuangan sampah ini berlaku secara ‘on-off’. Selain

     

    itu, aspek keselamatan kakitangan juga perlu dititik beratkan memandangkan kawasan-kawasan yang dijadikan kawasan pembuangan sampah merupakan kawasan panas dan melibatkan isu gengsterisme.

    Kawalan dan pemantauan rizab Sungai Klang juga perlu dilakukan secara kerap namun agensi kerajaan mengalami beberapa masalah untuk mengatasi isu ini. Antaranya adalah seperti berikut:

     

    1. Lokasi pembuangan sampah ini terletak di kawasan yang tersembunyi dan tidak dapat dikesan ,

     

    1. Isu pembuangan sampah secara ‘on-off’,

     

    • Masalah gengsterisme di kawasan tersebut,

     

    1. Tiada penyelenggaraan rizab sungai oleh agensi yang berkenaan,

     

    1. Kawasan rizab Sungai Klang menjadi laluan utama keluar masuk ke premis industri,

     

    1. Status rizab sungai yang tidak jelas dan jarak yang panjang,

     

    • Status tanah

     

    Kerjasama daripada semua Jabatan dan agensi yang terlibat akan digembelingkan melalui Pasukan Petugas dan Jawatankuasa yang ada bagi memastikan rizab Sungai Klang tidak dijadikan tempat pembuangan sampah.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.