Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

296) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah penguatkuasaan dan pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras perkara ini.

    Langkah-langkah penguatkuasaan dan pencegahan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri melalui PBT bagi mengatasi masalah ini ialah:-

     

    Menjalankan pemantauan berjadual iaitu tiga kali seminggu di tempat- tempat yang berisiko dan telah dikenal pasti sebagai lokasi ‘hot spot’ pembuangan sampah

     

    Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik sampah haram yang telah dikenal

     

    • Memasang papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ di lokasi pembuangan sampah haram yang telah dikenal

     

    • Mendapatkan kerjasama daripada penduduk/pemilik premis berhampiran untuk menyalurkan maklumat segera kepada pihak Majlis jika terdapat aktiviti pembuangan sampah di tempat-tempat yang tidak dibenarkan oleh pihak

     

    • Mewujudkan Bilik Gerakan Bencana yang beroperasi 24 jam bagi memudahkan orang awam menyalurkan maklumat kepada pihak Majlis untuk tindakan penguatkuasaan dan pembersihan

     

Lampiran

Tiada Lampiran.