Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

25) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Hukuman bagi pembuangan sampah haram adalah kompaun sebanyak RM1000 dan sitaan lori. Hukuman ini adalah terlalu rendah dan didapati PBT kurang berkuasa apabila pesalah adalah diluar kawasan PBT. Adakah kerajaan berhasrat untuk menambahkan hukuman dan menguatkan kuasa PBT?

    Seperti Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri dalam tindakan untuk mewujudkan Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri telah mengadakan pertemuan bersama pihak Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negera (JPSPN), KPKT (pada 28/11/2019) bagi memaklumkan hasrat Kerajaan Negeri.

    Punca kuasa PBT untuk mengambil tindakan terhadap pembuangan sampah haram adalah berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pemungutan, Pembuangan Dan Pelupusan Sampah Sarap Tahun 2007. Berdasarkan draf awal, kenaan hukuman yang lebih berat boleh dilaksanakan sebaik sahaja enakmen tersebut diluluskan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.