Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

298) PEMBUANGAN SAMPAH SECARA HARAM DI LUAR KAWASAN OPERASI PIHAK BERKUASA TEMPATAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh mana aktiviti pembuangan sampah secara haram oleh peniaga dan penduduk kampung telah dikenal pasti oleh Pihak Berkuasa Tempatan?

    a ) dan b) adalah

     

    Aktiviti pembuangan sampah secara haram sentiasa dipantau oleh PBT terutamanya lokasi-lokasi hotspot pembuangan sampah di kawasan PBT sebagai contoh bilangan lokasi yang telah dikenal pasti seperti Jadual 1.

     

    PBT Bilangan Lokasi
    1. MBSA 25 lokasi
    2. MPK 6 lokasi
    3. MDKS 42 lokasi
    4. MDKL 70 lokasi
    5. MDSB 6 lokasi
    6. MBPJ Tiada maklum balas diberi
    7. MPSJ Tiada maklum balas diberi
    8. MPS Tiada maklum balas diberi
    9. MPKj Tiada maklum balas diberi
    10. MPAJ Tiada maklum balas diberi
    11. MPSp Tiada maklum balas diberi
    12. MDHS Tiada maklum balas diberi
    Jumlah Keseluruhan 149 lokasi

     

    Langkah dan tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh PBT-PBT antaranya seperti berikut:-

    1. Sekiranya pihak PBT mempunyai bukti-bukti pembuangan sampah secara haram oleh peniaga atau penduduk kampung, notis arahan pembersihan atau kompaun akan dikeluarkan;

     

    1. Tapak pembuangan sampah haram akan ditutup supaya ia tidak mengundang sampah lain dan akan di letakkan notis larangan pembuangan sampah dan amaran bagi mengelakkan ia berulang;

     

    • Menjalankan pemantauan berkala atau pemantauan statik di kawasan- kawasan yang berisiko atau hotspot tempah pembuangan sampah secara haram;

     

    1. Bekerjasama dengan pemilik premis dan penduduk atau JKKK penduduk kawasan kampung supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat dan membantu memantau kebersihan kawasan masing-masing dengan menyalurkan maklumat segera kepada pihak PBT sekiranya terdapat aktiviti pembuangan sampah secara haram di kawasan mereka;

     

    1. Mewujudkan kempen-kempen kesedaran kepada peniaga-peniaga kecil dan penduduk kampung tentang pembuangan sampah secara haram dan dedahkan maklumat-maklumat kesedaran;

     

    1. Menyediakan tong sampah berpusat untuk penduduk kampung yang menjadi alternatif kepada penduduk dan peniaga membuang sampah contohnya MPKj melalui kerja-kerja tender kutipan sisa pepejal yang baru mulai Julai 2016 telah membuat penambahbaikan spesifikasi kerja kontraktor dengan mengarahkan kontraktor meletakkan tong ‟leach bin‟ 1200 liter di sepanjang jalan kampung tradisi dan melaksanakan kutipan secara berjadual setiap hari;

     

    • Menyita kenderaan yang membuang sampah haram contohnya Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengadakan intipan dan pemantauan pada setiap hari di lokasi hot sport sampah haram dan telah berjaya menyita sebanyak 51 buah kenderaan atas kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan;

     

    • Mewujudkan jawatankuasa menangani sampah haram bersama Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Pejabat Agama dan Daerah yang bermesyuarat sekali dalam tempoh dua

     

    bulan seperti yang dilaksanakan oleh pihak MDKL dan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bagi mengatasi masalah pembuangan sampah haram.

Lampiran

Tiada Lampiran.